IKEA HATTHOLMEN Manual De Instrucciones página 69

Ocultar thumbs Ver también para HATTHOLMEN:
Tabla de contenido
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 24
69
perabot yang terdedah pada persekitaran yang
terbuka tersebut perlu diwarnakan semula.
Bagaimana mewarna semula
Pilih tempat teduh untuk membersih, mewarna
semula dan biarkan perabot kering. Elak cahaya
matahari terus.
1. Lap bersih dengan kain lembut dilembapkan
dalam air dan cecair lembut bersabun, jika
perlu. Lap kering dengan kain yang bersih dan
kering.
Guna berus lembut untuk tanggalkan kesan
degil. Jika perlu, empelas permukaan dengan
kertas pasir bergred halus. Pastikan empelas
pada arah ira. Jangan guna sabut keluli atau
berus bulu kejur logam - kepingan logam boleh
terperangkap di dalam kayu dan berkarat. Jika
serat kayu timbul selepas membersih, empelas
permukaan dengan kertas pasir halus.
2. Goncang botol dan sapukan salutan pewarna
nipis, rata pada perabot menggunakan berus
atau span. Sapu pada keseluruhan permukaan
segera dan pada arah ira.
Perwarna berasas air mengering cepat dan
pastikan lap terus lebihan dengan kain kering
selepas penyalutan.
Basuh berus dan tangan anda dengan sabun
dan air.
Menyimpan:
Sebelum menyimpan perabot anda, bersihkan
dan keringkannya sepenuhnya. Jika boleh,
simpan perabot luar anda di tempat yang dingin
dan kering di dalam rumah. Jika disimpan di
luar, tempatkan perabot di bawah bumbung dan
tutup dengan sarung perlindung. Jika perabot
dibiarkan tanpa dilindungi dari hujan atau salji,
pastikan ia dilindungi dengan sarung kalis air
dan jika boleh, condongkan perabot untuk
memudahkan air mengalir keluar. Selepas
hujan, lap lebihan air - terutamanya dari
permukaan rata. Biarkan udara beredar, untuk
mengelakkan lembapan dan kulat.
PERHATIAN!
Untuk menambahkan kestabilan perabot,
ketatkan semula skru sekurang-kurangnya
sekali setiap musim.
Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

KlövenBetsholm

Tabla de contenido