IKEA BEKANT Manual De Instrucciones página 70

Ocultar thumbs Ver también para BEKANT:
Tabla de contenido
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 23
Apabila meja dinaikkan/diturunkan pengguna
harus berhati-hati agar tiada orang tercedera
atau tiada objek yang rosak. Permukaan
atas meja mestilah tidak terkena objek yang
tetap agar meja ini tidak terbalik. Sentiasa
alihkan sebarang kerusi pejabat sebelum meja
dinaikkan/diturunkan.
Apabila meja dibiarkan tanpa pengawasan,
kunci keselamatan mesti dialihkan daripada
kawalan tangan dan diletakkan jauh daripada
kanak-kanak.
Tripod meja mestilah tidak diubahsuai atau
dibina semula dalam apa jua cara sekalipun.
Ketika meja diservis atau dibaiki, kabel elektrik
mestilah sentiasa dicabut sambungannya dari
soket dinding.
Pengubahsuaian kotak kawalan adalah dilarang
sama sekali!
Meja ini mestilah tidak digunakan sebagai alat
untuk mengangkat orang.
Penyenggaraan dan arahan pembaikkan
Selepas kira-kira 1 minggu penggunaan, periksa
jika skru diketatkan dengan betul.
Jika meja tidak boleh direndahkan atau
ditinggikan, periksa sambungan antara
kaki dan soket dinding dan pastikan kunci
keselamatan dimasukkan ke dalam kawalan
tangan.
Jika sebarang bahagian sistem elektrik diganti,
kabel elektrik mesti dicabut daripada soket
dinding. Gantikan bahagian elektrik dan
kemudian sambung kabel elektrik kepada soket
dinding. Meja kini sedia untuk digunakan.
Jika meja masih tidak berfungsi, sila hubungi
gedung IKEA terdekat anda atau perkhidmatan
pelanggan.
Pengeluar: IKEA Sweden AB
Alamat: Box 702, 343 81 ÄLMHULT
Simbol roda berpangkah menunjukkan item ini
harus dilupuskan berasingan daripada bahan
buangan isi rumah. Item ini sepatutnya diserahkan
untuk dikitar semula selaras dengan peraturan
alam sekitar tempatan untuk pelupusan sampah.
Dengan mengasingkan item bertanda daripada
bahan buangan isi rumah, anda akan membantu
mengurangkan jumlah bunagan yang dihantar
ke tapak pelupusan dan meminimumkan kesan
negatif yang berpotensi ke atas kesihatan manusia
serta alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, hubungi
gedung IKEA anda.
70

Hide quick links:

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido