Philips AVENT SCF330/60 Manual De Instrucciones página 24

Ocultar thumbs Ver también para SCF330/60:
Tabla de contenido
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 29
Mengendalikan pam susu badan
1 Basuh tangan anda dengan rapi dan pastikan payu dara anda bersih.
2 Bertenang di atas kerusi yang selesa (anda mungkin hendak menggunakan kusyen untuk
menyokong belakang anda). Pastikan anda mempunyai segelas air berdekatan.
3 Tekan badan pam yang sudah dipasang pada payu dara anda. Pastikan puting anda berada di
tengah-tengah, agar kusyen urut mewujudkan kedap udara.
Nota: Pastikan bahawa puting anda muat dengan betul dalam kusyen urut (Raj. 10). Tidak
terlalu ketat sehinggakan puting anda tidak boleh bergerak dengan bebas, sementara memerah
susu badan (Raj. 11). Kusyen urut tidak boleh terlalu besar, kerana ini boleh menyebabkan
kesakitan atau perahan yang kurang berkesan (Raj. 12). Jika saiz kusyen tidak betul untuk puting
anda, anda boleh membeli kusyen saiz berbeza secara berasingan. Terdapat dua saiz kusyen:
19.5 mm dan 25 mm. Anda boleh mendapati saiz kusyen (19.5 atau 25 mm) pada kusyen itu
sendiri (Raj. 13).
4 Dengan lembut, mula tekan pemegang ke bawah sehingga anda berasa sedutan pada payudara
anda (Raj. 14). Kemudian, biarkan pemegang kembali kepada keadaan rehatnya.
Nota: Anda tidak perlu menekan pemegang ke bawah sepenuhnya, cuma setakat yang selesa.
Susu anda akan mula mengalir tidak lama lagi, walaupun anda tidak menggunakan semua
sedutan yang dapat dijana oleh pam ini.
5 Ulangi langkah 4 dengan cepat 5 atau 6 kali untuk memulakan refleks 'melepaskan'.
Amaran: Jangan teruskan mengepam selama lebih daripada lima minit pada satu
masa jika anda tidak berjaya memerah susu. Cuba perah pada waktu lain hari
tersebut.
6 Gunakan rentak yang lebih perlahan dengan menekat turun pemegang dan terus menekan ke
bawah selama sehingga 3 saat sebelum anda mengembalikannya kepada kedudukan rehat.
Teruskan sebegini sementara susu anda sedang mengalir. Jika tangan anda letih, cuba guna
tangan yang sebelah lagi untuk mengendalikan pam susu badan atau letakkan tangan anda
merentas badan anda untuk mengepam payudara yang bertentangan.
Nota: Jangan risau jika susu anda tidak mengalir dengan serta merta. Tenang dan terus
mengepam. Membetulkan kedudukan pam pada payudara anda dari semasa ke semasa boleh
membantu merangsang aliran susu anda.
7 Biasanya, anda perlu mengepam selama 10 minit untuk memerah 60-125 ml (2-4 oz cecair)
susu badan daripada sebelah payu dara. Walau bagaimanapun, ini hanya petunjuk dan berbeza
daripada seorang wanita dengan wanita lain.
8 Setelah anda selesai memerah, tanggalkan pam susu badan dengan berhati-hati daripada
payudara anda dan buka skru botol atau cawan simpanan daripada pam susu badan, sedia
untuk diberi kepada bayi atau disimpan. Bersihkan bahagian lain yang digunakan pada pam susu
badan tersebut.
Nota: Jika anda selalu memerah lebih daripada 12 ml setiap sesi, anda boleh membeli dan
menggunakan botol Philips Avent 260 ml (9 oz cecair) untuk mengelakkan daripada melimpah
dan tertumpah.
Bahasa Melayu
25
Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Scf330/19Scf330/20

Tabla de contenido