Bahasa Malaysia
Sarung TOSTERÖ adalah kalis air dan melindungi
payung anda daripada hujan, matahari, kotoran,
habuk dan debunga apabila tidak digunakan.
Melindungi payung dengan sarung kalis air ialah
cara yang mudah dan berkesan untuk ia kekal
tampak segar dan baru lebih lama.
CARA PENGGUNAAN
Catatan: Sarung tidak boleh diterbalikkan. Sisi yang
berkilat hendaklah sentiasa menghadap ke dalam,
ke arah payung. Kami mengesyorkan agar payung
ditutup apabila tidak digunakan dan masukkan
ke dalam sarung. Jika sarung basah atau lembap,
pastikan ia dikeringkan sebelum dimasukkan ke
dalam sarung. Semasa luar musim, simpan payung
yang bersarung di tempat yang dingin dan kering
di dalam rumah.
ARAHAN PENJAGAAN
Untuk membersihkan beg daripada habuk dan
kotoran, semburkannya dengan air sejuk (30°C)
daripada hos kebun atau lapnya dengan kain
lembut yang direndam dalam air. Untuk bahagian
yang kotor teruk, sental dengan span yang
direndam dalam bahan pencuci lembut dan bilas
dengan air sejuk.
37