BAHASA MALAYSIA
36
Beg storan TOSTERÖ kalis air dan
melindungi kusyen dan pelapik luar rumah
anda daripada matahari, hujan, kekotoran,
habuk dan debunga, serta kekal tersusun
apabila tidak digunakan. Melindungi
kusyen dan pelapik di dalam beg kalis air
ialah cara yang mudah dan berkesan agar
ia kekal tampak segar dan baru lebih lama.
Perhatian! Pastikan kusyen dan pelapik
benar-benar kering sebelum menyimpannya
di dalam beg storan.
CARA PENGGUNAAN
Perhatian! Beg ini tidak boleh diterbalikkan.
Bahagian yang berkilat mesti sentiasa
menghadap ke dalam, menghala ke kusyen
dan bantal.
Kami cadangkan anda menyimpan kusyen,
pelapik luar rumah dan lain-lain tekstil di
dalam beg storan apabila tidak digunakan
untuk kekal bersih dan kering. Sewaktu di
luar musim, simpan beg yang disi dengan
kusyen dan pelapik di tempat yang dingin
kering di dalam rumah.
ARAHAN PENJAGAAN
Untuk membersihkan beg daripada habuk
dan kotoran, semburkannya dengan air
sejuk (30°C) daripada hos kebun atau
lapnya dengan kain lembut yang direndam
dalam air. Untuk bahagian yang kotor
teruk, sental dengan span yang direndam
dalam bahan pencuci lembut dan bilas
dengan air sejuk.