• Jangan biarkan pin atau benda logam tajam yang lain
bersentuhan dengan pembesar suara atau mikrofon untuk
mengelakkan kerosakan pada peranti atau mencederakan diri
anda.
• Jangan sentuh atau cucuk alur di kedua-dua sisi pembesar suara
dengan jari anda atau objek tajam.
• Jauhkan peranti daripada api, panas yang melampau dan cahaya
matahari. Jangan cuba untuk membuka pemasangan atau
menghasilkan semula peranti, memasukkan objek asing ke
dalamnya atau merendam serta mendedahkan ia kepada air atau
cecair lain. Berbuat demikian akan menyebabkan kebakaran atau
bahaya-bahaya lain.
• Jangan letakkan kad jalur magnetik, seperti kad kredit dan kad
telefon, berhampiran peranti dalam tempoh masa yang lama. Jika
tidak, kad jalur magnetik mungkin rosak.
Maklumat pelupusan dan kitar semula
Simbol pada produk, bateri, risalah atau pembungkusan
bermakna produk dan bateri perlu dibawa ke pusat pengumpulan
sisa berasingan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan pada
akhir jangka hayat. Ini akan memastikan sisa EEE dikitar semula dan
dirawat dengan cara yang memelihara bahan-bahan berharga dan
melindungi kesihatan manusia serta alam sekitar. Untuk maklumat
lanjut, sila hubungi pihak berkuasa tempatan anda, peruncit, atau
perkhidmatan pelupusan sisa isi rumah atau lawati laman web
https://consumer.huawei.com/en/.
Maklumat Pendedahan RF
Peranti anda ialah pemancar dan penerima radio berkuasa rendah.
Seperti yang disyorkan oleh garis panduan antarabangsa, peranti ini
direka untuk mematuhi had yang ditetapkan oleh pasaran di mana
peranti akan dipasarkan. Peranti hendaklah dipasang dan
dikendalikan dengan jarak minimum 20 cm antara peranti dan
badan anda.
Pengakuran Kawal Selia EU
Dengan ini, Huawei Device Co., Ltd. mengisytiharkan bahawa peranti
AIS-BW80-90 ini mematuhi Arahan berikut: 2014/53/EU (RED), RoHS
2011/65/EU, ErP 2009/125/EC. Teks penuh perisytiharan pematuhan
EU, maklumat ErP yang terperinci dan maklumat terkini mengenai
aksesori & perisian boleh didapati di alamat Internet berikut:
https://consumer.huawei.com/certification.
31