Gunakan hanya pengecas yang disediakan di dalam kotak - jangan
gunakan pengecas daripada sebarang peranti lain kerana ini boleh
merosakkan telefon pembesar suara anda .
Sila ambil perhatian: Hayat bateri akan berkurangan secara
signifikan jika peranti anda dibiarkan tidak dicas untuk tempoh
masa yang lama . Oleh sebab itu, kami mengesyorkan anda untuk
mengecas semula peranti anda sekurang-kurangnya sekali sebulan .
MEngHIduPKan dan MEMaTIKan TELEFOn PEMBESaR
SuaRa anda
- Gelangsarkan butang hidup/mati untuk menghidupkan atau
mematikan telefon pembesar suara
MOD TIDUR
Semasa dinyahsambung daripada telefon, telefon pembesar suara
dimatikan secara automatik selepas 10 minit . Ketik butang jawab/
tamat untuk menghidupkan semula pembesar suara telefon .
MEnJadIKannYa BERPaSangan dEngan TELEFOn
anda
Telefon pembesar suara disambungkan ke telefon mudah alih
dengan menggunakan prosedur yang dipanggil 'berpasangan' .
Dengan mengikuti beberapa langkah mudah, telefon boleh
dijadikan berpasangan dengan telefon pembesar suara dalam
hanya beberapa minit .
5
Jabra CrUISEr