TEFAL VU193 Serie Manual De Instrucciones página 28

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 10
• Hanya gunakan jenis isian semula flask yang boleh didapati secara komersial (VU/VF421X, VU/VF641X)
yang sesuai dengan peresap elektrik.
• Adalah penting untuk mematuhi saranan untuk menggunakan isian semula yang ditakrifkan oleh
pengilang (sesetengah produk yang digunakan oleh pengilang merbahaya kepada alam sekitar).
• Penggunaan bahan lain mungkin akan menyebabkan bahaya toksik atau risiko kebakaran.
• Jangan menggunakan system anti-nyamuk tanpa isian semula.
• Jangan gerakkan kipas dengan isian semula masih ada di dalam sistem (VU/VF421X, VU/VF641X).
OPERASI
Sebelum penggunaan pertama, pastikan bahawa voltan, frekuensi dan kuasa perkakas anda adalah sesuai untuk
bekalan elektrik anda.
Perkakas anda boleh berfungsi menggunakan plag yang tidak dibumikan. Ia adalah perkakas kelas II (penebatan
berganda
).
Sebelum menghidupkan perkakas anda, pastikan bahawa :
• perkakas ini disambung sepenuhnya seperti yang diterangkan dalam arahan keselamatan,
• perkakas diletakkan di atas permukaan yang stabil dan mendatar,
• perkakas diletakkan dalam kedudukan mengikut arahan yang diberikan dalam manual ini.
JANGAN CUBA UNTUK MEMAKSA AYUNAN SECARA MANUAL.
• BEKALAN KUASA KAWALAN JAUH : (VU/VF444X; VU/VF641X) :
• Alat kawalan menggunakan 1 x 3V sel butang CR2025 yang dilampirkan sekali lagi.
• Pada penggunaan pertama, tarik keluar plastik daripada lokasi bateri di bawah perkakas.
MS
• Untuk mengganti bateri alat kawalan, keluarkannya daripada kompartmen kemudian letakkan yang baru,
pastikan anda letak hujung positif dan negatif dengan betul seperti yang ditunjukkan dalam kompartmen
bateri.
Apabila anda menggunakan perkakas buat pertama kali, ia mungkin akan melepaskan bau dan asap (ini adalah
normal untuk perkakas baru: ia akan hilang dalam masa beberapa minit).
PENTING: Anda dinasihatkan untuk mencabut palam perkakas apabila tidak digunakan.
SEKIRANYA BERLAKU SEBARANG MASALAH
Jangan tanggalkan perkakas tersebut sendiri. Perkakas yang dibaiki secara tidak sempurna mungkin berbahaya
kepada pengguna.
Jangan gunakan perkakas dan hubungi Pusat Perkhidmatan Sah jika :
• perkakas anda terjatuh,
• perkakas anda atau kord kuasanya rosak,
• perkakas anda tidak berfungsi dengan betul lagi.
Anda boleh cari senarai Pusat Perkhidmatan Sah pada kad waranti antarabangsa TEFAL / ROWENTA.
BANTU LINDUNGI ALAM SEKITAR!
Perkakas anda mengandungi banyak bahan yang boleh didapati semula atau dikitar semula.
Bawanya ke pusat pengutipan atau pusat perkhidmatan sah untuk diproses.
Jika alat menggunakan bateri: Untuk memelihara alam sekitar, jangan membuang bateri yang telah
digunakan tetapi bawa ke salah satu tempat pengumpulan untuk tujuan ini. Jangan membuang
dengan sisa buangan rumah.
Arahan ini juga boleh ditemui di dalam internet kami www.tefal.com / www.rowenta.com.
28
loading