Jangan benarkan gris, lemak atau sisa makanan
terkumpul di dalam atau di atas barbeku - RISIKO
KEBAKARAN.
Jangan gantung bahan yang mudah terbakar
daripada rel tangan barbeku ini.
Sentiasa gantikan bahagian yang lusuh - jangan
gunakannya jika terdapat bahagian yang rosak.
Jangan letak makanan yang berlebihan pada gril
masak - jarakkan makanan dengan sekata di atas
permukaan gril.
PENTING - Pastikan barbeku diletakkan di atas
tapak yang rata, mendatar bagi memudahkan
lemak/gris mengalir.
Pastikan barbeku dipasang dengan betul
mengikut arahan yang disertakan.
Buka penutup semasa menyalakan dan
memulakan barbeku.
Jangan guna barbeku di ruang yang terkurung dan/
atau dihuni cth. rumah, khemah, karavan, rumah
bergerak, bot. Bahaya kematian akibat keracunan
karbon monoksida.
SENARAI CIRI-CIRI
Ciri-ciri produk bernombor di bawah menunjukkan
ilustrasi barbeku pada halaman grafik.
1. Pemegang
2. Hud
3. Gril memasak
4. Dulang arang
5. Dulang abu
ARAHAN PENGGUNA
Sebelum meneruskan, pastikan anda memahami
penyataan AMARAN di dalam manual ini.
Jangan sesekali gunakan apa-apa peralatan memasak
yang mengakis pada permukaan gril memasak (3)
untuk mengelakkan permukaan tersebut rosak.
Persediaan sebelum memasak - Untuk mengelakkan
makanan daripada melekat pada gril memasak,
gunakan berus berpemegang panjang untuk
menyapu lapisan nipis minyak masak atau minyak
sayur sebelum setiap sesi barbeku.
Nota: Apabila pertama kali memasak menggunakan
barbeku anda, cat di luar barbeku mungkin berubah
warna sedikit kerana suhu yang tinggi. Ini adalah
normal dan sesuatu yang dijangkakan.
84
Menyalakan Barbeku
Buka hud (2).
Letakkan lapisan arang yang sekata sedalam lebih
kurang 4-5 sm/1.6-1.9'' di atas dulang arang (4).
Letakkan gel nyala pada arang secara berhati-hati.
Nyalakan arang dengan penirus yang panjang atau
mancis.
Apabila nyalaan mati, periksa sama ada arang mula
merah menyala.
Adalah dicadangkan yang arang pada barbeku
dibiarkan membara sekurang-kurangnya 30-40 minit
sebelum memasak.
Jangan mula memasak sebelum arang ada salutan
abu.
Selesai Sesi Memasak
Gunakan kain yang lembap dengan air suam berserta
cecair pencuci untuk membersihkan barbeku. Jangan
gunakan bahan yang mengakis.
Barbeku akan rosak jika pencuci yang mengakis atau
objek tajam digunakan untuk membersihkannya.
Keselamatan Makanan
Sila baca dan patuhi nasihat ini apabila memasak
barbeku anda:
•
Sentiasa cuci tangan anda sebelum dan selepas
mengendalikan daging mentah dan sebelum
makan.
•
Sentiasa letakkan daging mentah jauh daripada
daging masak dan makanan lain.
•
Sebelum memasak, pastikan permukaan gril
barbeku serta peralatannya bersih dan bebas
daripada sisa makanan lama.
•
Jangan gunakan peralatan yang sama untuk
mengendalikan makanan yang telah dimasak dan
belum dimasak.
•
Pastikan semua daging dimasak sepenuhnya
sebelum menikmatinya.
•
Untuk mengelakkan risiko daging tidak masak
sepenuhnya, belah daging untuk memastikan
bahagian dalamnya masak.
•
Masakan awal untuk daging yang lebih besar
disyorkan sebelum anda memasaknya di atas
barbeku.
•
Selepas memasak di atas barbeku anda, sentiasa
bersihkan permukaan gril memasak dan peralatan.