Mitsubishi Electric MAC-100FT-E Manual De Instrucciones / Manual De Instalación página 211

Ocultar thumbs Ver también para MAC-100FT-E:
Tabla de contenido
[Langkah-langkah untuk penyediaan atau penggunaan Plasma Quad Connect]
■ Maksud pada simbol-simbol yang digunakan dalam manual ini
Pastikan ia tidak dilakukan.
Jangan sekali-kali menyentuh dengan tangan yang
basah.
(Pengendalian yang tidak sempurna boleh mendatangkan kesan buruk yang serius,
■ Jangan leraikan, ubah suai atau baiki sendiri
(pengguna).
Ia boleh menyebabkan renjatan elektrik,
kebakaran atau kecederaan.
■ Perkakas ini bukan untuk digunakan
oleh individu (termasuk kanak-kanak)
yang kurang upaya dari segi fizikal, deria
atau mental ataupun kurang pengalaman
dan pengetahuan, kecuali mereka telah
dipantau atau diberi arahan berkenaan
penggunaan perkakas ini oleh individu yang
bertanggungjawab terhadap keselamatan
mereka.
■ Kanak-kanak harus dipantau untuk
memastikan mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
■ Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-
kanak berumur dari 8 tahun ke atas dan
individu yang kurang upaya dari segi
fizikal, deria atau mental ataupun kurang
pengalaman dan pengetahuan sekiranya
mereka telah dipantau atau diberi arahan
berkenaan cara menggunakan perkakas
dengan selamat dan memahami mudarat
yang terlibat.
■ Kanak-kanak tidak sepatutnya bermain
dengan perkakas ini. Pembersihan
atau penyelenggaraan pengguna tidak
sepatutnya dilakukan oleh kanak-kanak
dengan tanpa pemantauan.
■ Jangan pasang Plasma Quad Connect
berdekatan dengan peranti kawalan
automatik seperti pintu automatik atau
penggera kebakaran.
Ia boleh menyebabkan kecederaan akibat
malfungsi.
Amaran
termasuk kecederaan serius atau kematian.)
Jangan sekali-kali memercik air pada unit.
Pastikan arahannya diikuti.
■ Jangan sentuh Plasma Quad Connect
dengan tangan yang basah.
Ia boleh menyebabkan kerosakan pada peranti,
renjatan elektrik atau kebakaran.
■ Jangan percikkan air pada Plasma Quad
Connect atau menggunakannya dalam bilik
air.
Ia boleh menyebabkan kerosakan pada peranti,
renjatan elektrik atau kebakaran.
■ Jangan pasang Plasma Quad Connect
sendiri (pengguna).
Pemasangan yang tidak sempurna boleh
mengakibatkan kebakaran, renjatan elektrik
atau kecederaan akibat Plasma Quad Connect
terjatuh. Mintalah nasihat daripada wakil penjual
di tempat anda membeli Plasma Quad Connect
tersebut atau pemasang profesional.
■ Apabila Plasma Quad Connect terlepas,
ataupun pemegang atau kabelnya rosak,
cabut bekalan kuasa atau MATIKAN pemutus
litar.
Ia boleh menyebabkan kebakaran atau renjatan
elektrik. Dalam hal ini, minta nasihat wakil
penjual anda.
■ Sekiranya keadaan tidak normal berlaku
(seperti bau terbakar), tutup unit dalam dan
cabut bekalan kuasa atau MATIKAN pemutus
litar.
Operasi yang berterusan dalam keadaan
tidak normal boleh menyebabkan malfungsi,
kebakaran atau renjatan elektrik. Dalam hal ini,
minta nasihat wakil penjual anda.
ms
MS-3
Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido