Electrolux 5551 Manual Del Usuario página 62

Tabla de contenido
Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 11
Membersihkan Muncung Kuasa 5561
14
Cabut plag dari soket elektrik dan keluarkan benang yang kusut di
berus dengan memotongnya dengan gunting.
15
Selitkan pemutar skru untuk membuka tudung muncung. Keluarkan
silinder berus dan sokongannya. Bersihkan seperlunya dan
pasangkan semula. Untuk membersihkan roda, umpil perlahan-
lahan daripada cagaknya.
16
Pasangkan semula tudungnya dan pastikan kedudukannya
sempurna.
Menggunakan kombinasi muncung/berus
17
Untuk membersihkan sarung kusyen, gunakan dalam kedudukan
yang ditunjukkan.
18
Untuk menyedut habuk, gunakan dalam kedudukan yang
ditunjukkan.
19
Untuk disimpan, pasangkan kepada tangkai hos.
Penanda kantung habuk dan menukar kantung habuk
1033 Kantung habuk mestilah digantikan apabila penuh. Tingkap
penunjuk kantung habuk akan menyala apabila kantung penuh. Jika
kantung habuk pecah dalam mesin, bawa mesin ke Pusat Servis
Electrolux untuk dibersihkan.
Untuk memeriksa kantung habuk, mesin mestilah dipasangkan,
dengan semua alat pemasangan masih disambungkan dan tidak
di atas lantai.
Penanda kantung habuk penuh mungkin mengisyaratkan bahawa
kantung ini tersumbat (seringkali disebabkan oleh habuk halus) yang
akan mengakibatkan ketiadaan sedutan dan juga mesin menjadi
terlalu panas. Jika ini berlaku tukar kantung habuk walaupun ia
masih belum penuh.
Untuk menukar kantung habuk:
A) Buka penutup mesin.
B) Tarik tab gelunsur untuk menanggalkan kantung habuk.
C) Masukkan kantung habuk baru dengan cara menggelunsurkan
kantung ke pemegangnya. Tutup tudung.
Kami sarankan supaya kantung habuk ditukar:
* selepas menggunakan serbuk mencuci permaidani
* jika ada bau busuk dari mesin pembersih, maka anda harus juga
menggantikan/membersihkan penyaring
Nota: Gunakan kantung habuk dan penyaring buatan
Electrolux sahaja:
Kantung habuk (ruj. E54A)
Turas HEPA yang boleh dicuci dan digunakan semula (ruj
EF25a)
Alat keselamatan kantung habuk
Untuk mengelak mesin dari rosak, jangan gunakanya tanpa kantung
habuk. Satu alat keselamatan dipasang untuk mencegah tudung
daripada ditutup tanpa kantung habuk. Jangan cuba menutup
tudung itu dengan paksa.
Mengganti/Membersih penyaring:
Jangan gunakan mesin tanpa penyaring di tempatnya. Penyaring
Pelindung Motor harus ditukar dua kali setahun untuk kegunaan biasa.
Untuk menukar penyaring Pelindung Motor:
D) Buka tudung mesin.
E) Tanggalkan penyaring dan jalur penutup.
F) Penting: Masukkan penyaring baru dengan jalur penutup asal
ketat di tempatnya. Tutup tudungnya.
For healthier homes
Penyaring HEPA harus dicuci apabila lampu penanda terpasang
pada.
Untuk mencuci penyaring HEPA:
G) Buka tudung penyaring dan tanggalkan unit penyaring.
H) Bilas bahagian dalam (bahagian kotor) unit penyaring dalam air
Mengatasi Masalah
1. Tenaga: Jika tidak ada tenaga elektrik, tangggalkan dari kawat
besar dan periksa plug, kabel dan fius di mana sesuai.
2. Mesin tersumbat/penyaring kotor: Mesin dengan sendirinya
boleh berhenti sekiranya tersumbat ataupun ataupun penyaring
sangat kotor. Dalam keadaan sebegini, tanggalkan dari kawat besar
dan biarkannya ia menyejuk selama 30 minit. Bersihkan sumbatan
dan/atau gantikan penyaring dan mula sekali lagi.
Jaminan tidak meliputi pembersihan hos tersumbat. Untuk
mengelak mesin tersumbat dan kekalkan kecekapan menyedut,
muncung pembersih lantai harus sentiasa dicuci dengan
menggunakan tangkai hos.
Sila juga rujuk maklumat tambahan Electrolux di bahagian belakang
buku ini.
3. Air: Jika air disedut ke dalam motor mesin, motor mestilah
diganti di Pusat Servis Electrolux.
4. Bateri: Gantikan bateri dalam tangkai Kawalan Jauh apabila
hilang kuasanya. Kami sarankan supaya anda menggunakan bateri
alkalin. Perhatian: Jangan buang bateri bersama sampah sarap lain.
Isikan dalam bekas kitar semula yang khas.
Jika anda ada sebarang komen mengenai mesin ataupun Arahan
untuk Risalah Penggunaan, sila e-mail kepada kami pada:
suam sahaja. Jangan gunakan serbuk pencuci dan jangan
sentuh permukaan penyaring yang lembut. Ketuk bingkai
penyaring untuk membuang air yang lebih. Ulangi cara
membasuh empat kali dan biarkan penyaring ini kering sendiri.
Prestasi penyaringan asal kini dipulihkan kembali. Tempatkan
semula unit ini ke dalam mesin dan tutup rapat.
58
Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

555255585561

Tabla de contenido